16 Julai, 2014

Khalid biadap pada beta - Sultan Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah amat kesal dan kecewa dengan kenyataan ahli parlimen PAS Khalid Samad yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Menurut baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat MAIS berkenaan agama Islam seperti mana termaktub dalam bawah undang-undang, laporan Utusan Online.

Baginda dilaporkan bertitah, ini bukan kali pertama Khalid (kanan) mempersoalkan isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS serta Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya lapuk.

"Keyataan Khalid itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai ketua agama Islam di Selangor," baginda dilaporkan sebagai bertitah.

Utusan melaporkan, baginda sebagai bertitah demikian pada majlis perasmian masjid pekan Sepang.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan turut menghadiri majlis itu.

Pada 17 Jun lalu, Khalid Samad serta beberapa pemimpin PAS Selangor dilaporkan mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Hafarizam itu, Khairy berkata ia merupakan pandangan peribadi peguam itu dan beliau tidak boleh bercakap bagi pihak peguam itu.

Bagaimanapun, Khairy berkata beliau berpandangan tidak salah wanita memegang kedua-dua jawatan tersebut.

"Alasan yang diberikan dia tak boleh mengiringi sultan dalam majlis keagamaan, itu bukan sahaja kerja menteri besar.

"Kerja menteri besar adalah mentadbir negeri. Itu (mengiringi sultan) hanya sebahagian kecil (tugas MB)," katanya.

Memo Akta Harmoni

Sementara itu, Khairy berkata Pemuda Umno akan menghantar memorandum kepada Biro Undang-undang dan Perlembagaan berhubung ketetapan pergerakan itu mengenai Akta Keharmonian yang akan menggantikan Akta Hasutan.

Menurutnya dalam memorandum itu, Khairy berkata pihaknya telah meletakkan prinsip tidak boleh dikompromi terhadap perkara dan semangat Perlembagaan Persekutuan khususnya melibatkan kedudukan Bumiputera seperti Perkara 152,153, 181 dan Perkara 3.

Khairy juga berkata pihaknya berharap akta itu dapat menghukum apa sahaja penghinaan pada mana-mana agama, bangsa dan kumpulan etnik di negara ini dan tidak boleh dicabar dasar afirmatif kerajaan termasuk pemerkasaan agenda bumiputera seperti UiTM, Mara dan Amanah Saham Bumiputera.

"Walaupun perkara ini tidak dalam perlembagaan tetapi ia dibuat mengikut semangat perlembagaan. Jadi perkara ini tidak dimasukkan dalam satu perkara (yang dianggap) diskriminasi tetapi ia adalah polisi kerajaan. Perkara itu tak boleh dicabar," katanya.

Menurutnya lagi, prinsip lain yang digariskan adalah berkaitan larangan diskriminasi warga negara berdasarkan agama, ras, jantina, tempat lahir dan keturunan.

Kenakan fi kenderaan S'pura


Dalam sidang media yang sama juga, Khairy berkata sudah sampai masanya pihak kerajaan mengenakan fi kebenaran kepada kenderaan Singapura yang masuk ke Malaysia.

Menurutnya, beliau akan membangkitkan cadangan Pemuda Umno ke kabinet berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada kerajaan untuk menetapkan jumlah yurannya.

Keputusan itu dibuat susulan langkah kerajaan Singapura yang menaikkan fi kebenaran kenderaan memasuki negara itu dari 20 dolar Singapura kepada 35 dolar Singapura.

Jilka langkah mengenakan bayaran itu dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia, boleh menambah hasil negara ini, kata Khairy yang juga MP Rembau.

"Kami cadangkan kerajaan adakan satu sistem kenakan fi dan kuatkuasakan kalau mereka tak bayar saman atau tertunggak, tak dibenarkan masuk Malaysia.

"Kita tak perlu tanya mereka untuk kenakan yuran (fi). Ini negara kita," katanya.


EmoticonEmoticon