01 Julai, 2014

Piala Dunia: Jerman ranapkan impian Algeria

PEMAIN Jerman, Andre Schuerrle (tiga dari kanan) menjaringkan gol pertama bagi pasukannya pada minit ke-92 menewaskan penjaga gol Algeria, Rais M'Bolhi dalam perlawanan di Stadium Estadio Beira-Rio di Porto Alegre, awal pagi ini. - Foto Reuters
BRASILIA: Satu tandukan daripada Paul Pogba dan gol sendiri Joseph Yobo menceriakan Perancis untuk layak ke suku akhir buat menggapai impian besar ketika jurulatih, Didier Deschamps berulang kali menyebut semangat anak didiknya sama seperti barisan 1998 yang menjuarai Piala Dunia di halaman sendiri.

Skuad bergelar The Bleus itu menewaskan Nigeria 2-0 dalam saingan pusingan kedua di Stadium Nasional Mane Garrincha dengan dua gol hadir pada 11 minit terakhir permainan.

“Kami antara lapan pasukan terbaik dunia yang masih kekal dalam saingan. Kami tidak akan terbawa-bawa dengan pencapaian ini dan akan mengulangi prestasi sama dalam tempoh empat hari lagi,” kata Deschamps, awal pagi tadi.

Perancis akan menentang Jerman atau Nigeria dalam saingan suku akhir pada 4 Julai ini di Stadium Maracana, Rio de Janeiro.

Dalam perlawanan itu, Pogba - antara pemain paling menyinar dalam pasukan ketika ini - memecahkan kebuntuan dengan gol pertama pasukan pada minit ke-79 selepas bijak melonjak menanduk masuk bola ke dalam gawang terbuka selepas penjaga gol Nigeria, Vincent Enyeama gagal mendakap bola hasil sepakan sudut.

Ia satu saat kejam buat Enyeama yang sebelum ini menafikan percubaan berbahaya Perancis beberapa kali. Gol kedua Perancis adalah jaringan sendiri pemain pertahanan, Yoko yang tertampan bola selepas dicabar Antoine Griezmann.

“Gol kami datang lewat tetapi semua perlawanan dalam Piala Dunia adalah sukar,” kata Deschamps.

Nigeria pulang berundur dengan sorakan daripada penyokong selepas memberikan satu persembahan baik, khasnya berjaya menyekat Perancis menjaringkan sebarang gol pada 45 minit pertama.

“Kami bermain dengan baik tapi tiada nasib dan kalah hari ini (awal pagi tadi),” kata jurulatih Nigeria, Stephen Keshi.

“Keputusan tidak menceritakan persembahan keseluruhan perlawanan ini.” - AFP


EmoticonEmoticon