09 Julai, 2014

Piala Dunia: Klose cipta rekod baharu penjaring terbanyak

BELO HORIZONTE: Penyerang Jerman, Miroslav Klose mencipta rekod baharu Piala Dunia apabila menjaringkan gol ke-16 ketika menentang Brazil dalam separuh akhir di Stadium Mineirao, sebentar tadi.

Penyerang Lazio berusia 36 tahun itu sebelum ini menyamakan rekod lama iaitu 15 gol ciptaan Ronaldo dari ketika meledak satu ketika menentang Ghana dalam saingan peringkat kumpulan pada 22 Jun lalu.

Klose adalah pemain ketiga dalam sejarah Piala Dunia menjaringkan gol pada empat edisi berlainan dan dia juga penjaring terbanyak Jerman dengan 71 gol daripada jumlah 135 penampilan untuk skuad negara. Seperkara lagi, Jerman tidak pernah kalah dalam perlawanan dia menjaringkan gol.

INFO:

Berikut pecahan gol jaringan Miroslav Klose

Piala Dunia 2002 - 5 gol
Piala Dunia 2006 - 5 gol
Piala Dunia 2010 - 4 gol
Piala Dunia 2014 - 2 gol

Lima penjaring terbanyak Piala Dunia

16 - Miroslav Klose (Jerman)
15 - Ronaldo (Brazil)
14 - Gerd Muller (Jerman)
13 - Just Fontaine (Perancis)
12 - Pele (Brazil)


EmoticonEmoticon