29 Julai, 2014

Sukan Komanwel: Boling padang sumbang pingat perak

GLASGOW: Boling padang menyumbang satu lagi pingat perak menerusi gandingan Muhammad Hizlee Abdul Rais dan Fairul Izwan Abdul Muin selepas mereka tewas kepada Scotland dalam final acara 2 Pairs, hari ini.

Jelas sekali wakil negara bukan tandingan tuan rumah, Scotland apabila tewas 3-20 kepada gandingan Paul Foster-Alex Marshall yang nyata mendominasi saingan untuk mencipta sorakan penyokong mereka.

Apa pun, kejayaan pasangan negara mara ke perlawanan akhir boleh dianggap satu kejayaan terpuji kali ini.

Dalam perlawanan merebut gangsa, England mengatasi Namibia 19-12.

Terdahulu, pingat perak pertama negara dalam boling padang disumbang oleh skuad wanita dalam acara fours apabila tewas kepada Afrika Selatan 14-9.


EmoticonEmoticon