15 Ogos, 2014

Aziz Bari gesa Sultan S'ngor lantik Wan Azizah sebagai MB segera

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata sultan Selangor kini perlu melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar memandangkan presiden PKR itu mendapat sokongan majoriti anggota DUN.

"Mengikut undang-undang, pembubaran (DUN) bukan lagi satu pilihan sekarang. Saya berani menyebut bahawa (pembubaran) juga bertentangan dengan perlembagaan dan demokrasi.

"Tidak perlu lagi buang masa dan wang bila majoriti sokongan di pihak Wan Azizah.

“Undang-undangnya jelas, sultan mesti lantik Wan Azizah untuk membolehkan pentadbiran negeri kembali norma;,” katanya.

Wan Azizah semalam mendedahkan bahawa beliau mendapat sokongan 30 orang ADUN, termasuk dua dari PAS untuk membolehkan beliau dilantik ke jawatan menteri besar.

ADUN Kajang itu juga berkata, ADUN berkenaan juga hilang keyakinan ke atas pentadbiran menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kenyataan itu mengundang cabaran dari Khalid agar Wan Azizah membuktikan perkara itu melalui undi tidak percaya dalam sidang DUN.

Pendirian Khalid itu bagaimanapun dipandang sinis oleh Aziz.

“Khalid sepatutnya konsisten jika beliau mahu mengekalkan kewibawaan dan maruahnya.

"Beliau tidak mahu membuktikan dakwaan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti ketika bertemu Sultan pada 11 Ogos tapi sekarang menuntut perkara itu apabila Wan Azizah muncul dengan bukti bahawa sokongan majoriti di pihak (Wan Azizah).

"Saya tetap berpendirian bahawa tiada jalan lagi untuk Khalid,” katanya.

2 comments

Pakatan haram semakin kemaruk kuasa nmpknya..


EmoticonEmoticon