08 Ogos, 2014

Jurugambar dakwa 'Tun Mahathir' curi foto hasil seninya

Tentu kita masih ingat beberapa keping foto seorang gadis bertudung yang diambil dari puncak sebuah bangunan demi menyatakan sokongannya terhadap Gaza.

Foto tersebut diambil oleh saudara Keow Wee Loong, jurufoto rasmi untuk MP Lembah Pantai, Nurul Izzah.

Foto-foto yang dihasilkan beliau memang mengkagumkan kerana beralatar belakangkan bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam.

Namun hari ini, beliau telah mendakwa, salah satu fotonya telah 'dicuri' atau digunakan tanpa kebenaran oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Beliau turut memuatnaik cetakan skrin dari akaun twitter tersebut.

Walaupun foto tersebut tidak digunakan untuk memperleceh atau menghina, malah memuji keindahan Kuala Lumpur, Keow Wee Loong beranggapan ianya satu perbuatan yang tidak bermoral kerana diambil tanpa kebenaran apatah lagi dari seorang yang amat hebat.

Ramai pengikut beliau menyarankan agar beliau meletakkan 'watermark' pada gambar-gambar yang akan datang.

p/s: Tun Mahathir ada akaun twitter ke?

3 comments

Dulu tok nenek jurugambar ni pun mencuri masuk malaysia...

Itu bukan akaun twitter tun lah. Guna nama dan gambar dia je

IF REALLY TUN DID IT BUT YOU TOOK THE PICTURE OF THE TWIN TOWER , RIGHT ?? WHO WAS CREATED AND BUILT UP BY TUN ,
YOU TOOK THAT PIC WITH OUT HIS PERMISSION , SO,,,????


EmoticonEmoticon