12 Ogos, 2014

Pelakon Robin Williams ditemui mati, disyaki membunuh diri

LOS ANGELES: Pelakon dan pelawak Robin Williams ditemui mati di rumahnya di California disyaki akibat membunuh diri, kata polis semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Sheriff Wilayah Marin, pemenang anugerah Oscar berusia 63 tahun itu ditemui mati sejurus sebelum tengah hari di rumahnya di Tiburon, California Utara.

"Pada masa ini, Divisyen Koroner Pejabat Sheriff mengesyaki kematiannya adalah bunuh diri akibat asfiksia," menurut kenyataan itu.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pelakon-robin-williams-ditemui-mati-disyaki-membunuh-diri-41725?cp


EmoticonEmoticon