31 Ogos, 2014

Pemain JDT maut kemalangan

Johor Bahru: Seorang pemain bola sepak Piala Presiden JDT maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 43.5 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Desaru di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, Mohamad Amirul Hakim Shamsudin, 18, dilaporkan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail Pandan di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Shahrul Anwar Md Idris berkata, mangsa dan rakannya itu sedang mengikuti konvoi motosikal dari arah Pasir Gudang menuju ke Desaru sebelum motosikal mangsa berlanggar dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala rakannya, Mohd Rafi Abu, 29 cedera ringan dan dirawat di hospital sama," katanya.

Menurutnya, punca sebenar kemalangan itu masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


EmoticonEmoticon