08 Ogos, 2014

Penyanyi berhijab ligat maksiat dengan suami orang...

Gambar hiasan
Dunia hiburan ini penuh dengan kejutan. SS hanya mampu mengurut dada mendengar sikap seorang penyanyi yang sekarang sudah memakai tudung, tetapi rupa-rupanya hanya untuk mengabui mata masyarakat bahawa dia seorang yang baik dan soleh.

Hakikatnya, kata sumber SS, penyanyi itu khabarnya bukan saja menduakan suami sendiri, sebaliknya ligat mengganggu rumah tangga orang lain. Dengan erti lain, penyanyi itu cuba memikat suami orang lain yang poketnya tebal dan boleh tahan kacak.

Khabarnya, rumah tangga artis itu sendiri tidak bahagia seperti mana yang ramai sangkakan selama ini. Hubungannya dengan suami ada pasang surut kerana masing-masing dilihat suka membawa haluan sendiri. Si suami sibuk berniaga dan penyanyi itu sibuk buat persembahan di sana sini, makan angin dan melepak dengan ‘superfriends’ kesayangannya kalau tidak ada undangan.

Apa yang lebih menyedihkan, lelaki yang sedang digoda dan dihimpit penyanyi itu bukanlah orang lain, sebaliknya suami kawannya sendiri. Kenapa sampai begitu sekali? Adakah benar-benar dahagakan kasih sayang atau lebih kepada kebendaan?

SS harap perkara ini tidak berlarutan. Bukan apa, bimbang kalau isteri lelaki itu tidak tahan lagi dan terus membuat pembongkaran. Ketika itu barulah sibuk hendak menyorok bawah meja, malah nak sorok di belakang tudung pun dah tak sempat lagi.

SS@Hmetro


EmoticonEmoticon