10 Ogos, 2014

Teruja bakal MB S'ngor, Wan Azizah akui tiada pengalaman

SHAH ALAM 9 Ogos - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengakui beliau tidak ada pengalaman untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri.

Wan Azizah bagaimanapun berkata, penukaran Menteri Besar Selangor perlu dilakukan kerana jawatan itu penting dan demi kepentingan rakyat.

"Penukaran jawatan tidak penting, yang penting amanahyang dipegang dan perbincangan kena ada.

"Kalau boleh kita tukar...tukar, rakyat yang penting," katanya dalam ucapan ketika menghadiri majlis Penerangan Isu Semasa Selangor di Dewan Besar Tanjung di Seksyen 19 di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE


EmoticonEmoticon