28 Ogos, 2014

Tiada maknanya PAS Calon ADUN PKR untuk kerusi MB


PAS akan mempersembahkan tiga nama ADUN PKR kepada Sultan untuk kerusi Menteri Besar Selangor. PAS Selangor tidak akan mencalonkan ADUN-ADUNnya untuk kerusi Menteri Besar Selangor sebaliknya akan mencalonkan tiga nama daripda PKR kata Datuk Mustafa Ali kerana menghormati perjanjian yang kerusi MB Selangor adalah untuk PKR.

Walaubagaimana pun jika dilihat dari satu sudut pencalonan ini tidak akan pergi ke mana kerana KETUM (KETua UMum) mahukan kerusi MB buat isterinya. Sultan telah derhaka kepada KETUM sama seperti Khalid Ibrahim. PKR dan DAP telah mempersembahkan 1 nama kepada Sultan untuk memilih, 1 nama untuk Sultan memilih, iaitu isteri KETUM DSWA sahaja.

Di sini dapat kita lihat sistem PKR tidak jauh beza daripada DAP. Dalam DAP, kononnya 1800 delegasi mengundi untuk memilih 20 AJK pusat CEC yang akan memilih penasihat, pengerusi, setiausaha, bendahari DAP walhal yang sebenanrnya hanya 2 orang yang memilih untuk jawatan tertinggi DAP iaitu Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng, pengundian pemilihan CEC 2012 sebagai bukti.

Begitu jugalah PKR, yang menentukan siapa naik siapa turun hanya seorang iaitu KETUM. En Rafie Malek orang no 2 PKR Negeri 9? pernah meluahkan kekecewaannya selepas kekalahan PR di Seremban PRU13 tempoh hari,

Ketiga, kaedah “musyawarah” wajib diadakan. Sebarang keputusan mesti dibuat secara bersama dan bukan kaedah “top to bottom”. Keempat, kaedah pengurusan khususnya perancangan strategi perlu dilaksanakan. Kelima, jika amalan kroni kita tentang, jangan pula kita sekali-kali mengamalkan dasar yang sama dengan mengamalkan kronisma ini. Kronisma membawa pengertian memberi keutamaan kepada rakan atau kroni dan mengabaikan ciri-ciri meritokrasi dalam meletakkan seseorang didalam sesuatu tugasan. Kesalahan-kesalahan yang dinyatakan ini hanya sebahagian dari pelbagai kesalahan yang berlaku didalam PRU 13 ini yang perlu kita muhasabah untuk kita perbetulkan semula.

Keghairahan untuk merebut “ghanimah” sememangnya wujud dengan merasakan ada yang hendak jadi Perdana Menteri dan ada juga awal-awal lagi ingin melonjakkan dirinya konon beliau adalah orang yang paling layak untuk menjadi Menteri Besar. Wajar diingat, perjuangan kita bukan untuk kedudukan dan pangkat tetapi untuk mencapai keredhaan Allah dengan berkhidmat untuk membawa kebenaran dan keadilan kepada rakyat negara Malaysia yang tercinta ini. Kesombongan dan keangkuhan wujud dengan memaksa untuk menerima calon kroni dan mengabaikan akar umbi yang akhirnya memporak-perandakan semua keadaan. 

Sebelum PRU13 pula beliau pernah menulis mengenai sikap pilih bulu jubur oleh 'pemimpin atasan', 

Saya terpanggil untuk membuat penjelasan ini kerana saya menerima bertalu-talu sms, email, telefon dan pelbagai cara lagi menanyakan kedudukan saya sebagai calon Keadilan di DUN Ampangan. Pelbagai soalan ditanya berkisarkan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana semua kenalan dan masyarakat setempat mengetahui selama lebih dari 3 tahun saya mendampingi masyarakat setempat di Ampangan setelah menerima amanah dari rakan pimpinan dan akar umbi Cabang Keadilan Seremban.

Harapan saya, penjelasan terbuka ini akan meredakan keadaan dan saya tidak dipersalahkan kerana tidak mengambil amanah untuk memikul tanggungjawab untuk memimpin di Ampangan. Apa yang berlaku, dua hari sebelum penamaan calon 20 April 2013 iaitu pada 18 April 2013, saya telah dihubungi oleh pemimpin teratas parti menyatakan bahawa parti telah membuat keputusan untuk menjadikan Kamarul Baharin Bin Abbas sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan saya mesti memberi laluan kepada beliau kerana Ampangan dianggap sebagai “kerusi selamat” untuk Parti Keadilan Rakyat.
Saya kemudian ditawarkan untuk bertanding di kerusi  P131 Parlimen Rembau. Saya menolak untuk bertanding di Rembau kerana walaupun saya dilahirkan di Rembau tetapi lebih dari 25 tahun iaitu lebih separuh dari usia saya, saya berada di Seremban dan saya tidak pernah mengambil inisiatif serius untuk berkhidmat di Rembau secara khusus. Saya melihat memimpin sebagai tanggungjawab bukan untuk setakat berseronok bergelar pemimpin dan ia memerlukan pendampingan akrab bersama masyarakat setempat.
Kira-kira 20 jam sebelum penamaan calon iaitu sekitar jam 11.00 pagi 19 April 2013, saya dihubungi sekali lagi pimpinan teratas parti untuk menawarkan saya untuk bertanding di DUN N13 Sikamat. Saya lantas bertanya bagaimana kedudukan Sdr. Aminuddin Haron, penyandang sedia ada. Saya dimaklumkan bahawa untuk memberi laluan kepada saya, Sdr. Aminuddin Haron terpaksa digugurkan. Saya menjelaskan kepada mereka bahawa saya masuk bertanding bukan dengan cara menghampakan rakan seperjuangan saya dan saya redha untuk tidak bertanding jika itu keadaannya. Maka akhirnya, saya tidak dicalonkan di mana-mana kerusi di dalam PRU13 ini.

Kini beliau sudah tidak menulis hampir setahun. Kenapa ya?

PKR ialah sebuah parti yang bermasalah. Parti bermasalah akan membawa masalah. DAP boleh memerintah ala komunis di Penang kerana kena gayanya maka Penang tidak kucar kacir. PAS dapat memerintah Kelantan selama 20 tahun lebih dengan aman tanpa kucar kacir walaupun terpaksa menempuh zaman Dr Mahathir yang kononnya didakwa mereka begitu zalim. Malangnya PKR tidak mampu berbuat begitu kerana diktator tidak boleh diterima kebanyakan macai. Kalau semua macai PKR seperti mantan ADUN Kajang yang tidak ada pendirian boleh diarah-arah tidak apa, tetapi ramai seperti Khalid, Zaharin dan Zulkifli Nordin yang berpendirian. Justeru memeningkan kepala KETUM.


Junah


EmoticonEmoticon