31 Ogos, 2014

Wanita Iraq jadi hamba seks kumpulan IS

BEIRUT 31 Ogos - Berpuluh orang wanita dari kabilah Yazidi yang diculik kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq telah dibawa ke Syria, sekali gus dipaksa menukar agama dan dijual untuk dikahwini dengan anggota militan IS, kata sebuah kumpulan pemantau semalam.

Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, pihaknya mengesahkan bahawa seramai 27 orang wanita Yazidi dijual dengan harga antara AS$1,000 (RM3,200) setiap seorang kepada anggota militan IS.

Katanya lagi, dia menyedari bahawa seramai 300 wanita Yazidi diculik dan dibawa ke Syria oleh kumpulan militan itu, namun dia mencatatkan bahawa hanya seramai 27 wanita sahaja telah dijual untuk berkahwin. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140831/lu_01/Wanita-Iraq-jadi-hamba-seks-kumpulan-IS#ixzz3ByYFb5ji
© Utusan Melayu (M) Bhd


EmoticonEmoticon