08 September, 2014

DAP: Perangai Hadi pecah belahkan Pakatan

Wanita DAP hari ini menyelar pendirian Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang kerama enggan menyokong pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar baru Selangor.

Ketua wanita DAP Chong Eng membangkitkan bagaimana PAS, bawah kepimpinan Hadi, sering bertukar pendirian berhubung kemelut itu dan memberikan alasan “tidak munasabah” untuk menolak Azizah.

Chong membangkitkan perubahan pendirian PAS daripada menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim, kemudian memilih Azizah dan kemudian menolaknya kembali atas alasan tidak layak.

“Perangai Hadi yang meragui kebolehan rakannya dalam keadaan terbuka mencerminkan beliau tidak menghormati rakan-rakannya.

“Perangai beliau memecah belahkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam isu ini,” kata Chong.

Wanita DAP juga membangkitkan latar belakang Azizah sebagai seorang pakat mata daripada pusat pengajian perubatan unggul dan memimpin reformasi lebih daripada sepuluh tahun.

“Mungkin beliau tidak fasih dari segi strategi dan arena kuasa. Tetapi beliau mempunyai komitmen. Beliau berani menentang apabila mengalami kesukaran.

“Beliau juga mempunyai integriti dan tanpa rekod rasuah. Beliau mempunyai kuali ketabahan dan kesabaran,” katanya.

Chong juga berkata, sikap lemah lembut Azizah tidak semestinya bermaksud tidak mempunyai kekuatan minda, lemah dan tidak berupaya memimpin.

Muslimat PAS bidas kembali

Semestinya itu, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan Dr Rosni Adam hari ini tampil membidas kenyataan Chong dan menuntut Wanita DAP terbuka menerima kritikan.

Katanya, setiap parti mempunyai alasan tersendiri untuk menyokong atau tidak Azizah dan Hadi telah melihat semua aspek, termasuk kepentingan rakyat sebelum membuat kenyataannya.

“Presiden PAS tidak pernah menyatakan hasrat untuk memecah belahkan PAS dan Pakatan tetapi beliau secara jelas memberikan penjelasan kenapa PAS menolak Wan Azizah sebagai MB sebagai mana yang diminta oleh pemimpin PKR sendiri sebelum ini, yang mencabar beliau menyatakan kenapa tidak mahu memilih Azizah sebagai calon tunggal,” katanya.


EmoticonEmoticon