06 September, 2014

Remaja Bangga Kongsi @Facebook Ambil Dadah Untuk ‘Goyang’

Nampaknya meneliti laman sosial anak-anak muda zaman sekarang pun dah cukup memberitahu kita betapa parahnya masalah moral masa kini.
Nampak sangat akal tak cukup panjang, sesetengah mereka sudahlah melakukan perkara bangang kemudian selamba pula memberitahu dunia menerusi Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya tentang perbuatan mereka itu tanpa malu dan was-was.

Antaranya termasuk memuat naik gambar intim dengan kekasih di hotel, kongsi video merayu cinta sampai maruah di tahap sampah, tunjuk bukti baru lepas toreh tangan kerana frust, berkucup sesama jantina dan banyak lagi.

Remaja perempuan yang ini pula selamba menguar-uarkan bahawa dia mengambil dadah macamlah pil yang dimakan itu cuma gula-gula menerusi status di Facebook berbunyi:

“Malam tadi kecundang dah tak boleh nak goyang, lepas makan pil terus function otak aku.. thanks abang..”

Thanks?

Untuk pengetahuan adik ini kalau dia terus menjadikan amalan ambil pil untuk goyang, lama kelamaan memang otak kau takkan function terus dik! – MYNEWSHUB


EmoticonEmoticon