26 Oktober, 2014

Bayi lahir dalam pesawat MH135 meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bayi kepada wanita Australia yang telah bersalin di atas pesawat Malaysian Airlines MH135, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital, lapor The Sydney Morning Herald.

Pesawat itu terpaksa membuat pendaratan cemas di Bali untuk membolehkan wanita tersebut dikejarkan ke hospital.

Wanita itu, Samual P. Jeyanthi telah dibawa ke Hospital Kasih Ibu di Bali selepas pesawat itu yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Brisbane, mendarat sekitar jam 2.10 petang Jumaat.

Namun, menurut The Sydney Morning Herald ketua perkhidmatan perubatan, Diah Ratna Dewi, bayi yang berusia 24 minggu itu telah pun dilahirkan dan telah meninggal dunia.

Menurutnya lagi, bayi itu dilahirkan kira-kira sejam setengah sebelum ibunya sampai ke hospital. Katanya wanita itu tidak menghadapi sebarang masalah semasa mengandung.

Pesawat tersebut yang membawa 178 penumpang, telah menyambung perjalananya ke Brisbane sekitar jam 4.14 petang.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/bayi-lahir-atas-pesawat-mh135-meninggal-dunia-47006?cp


EmoticonEmoticon