19 Oktober, 2014

Penangan seluar dalam wanita merah jambu

Gambar hiasan
Dover: Seorang lelaki mengambil tindakan mahkamah atas alasan tertekan selepas mendakwa sedar dari satu pembedahan dengan memakai seluar dalam wanita berwarna merah jambu.

Andrew Walls, 32, dari Dover, Delaware, mendakwa dia dipakaikan seluar dalam itu ketika tidak sedarkan diri sewatu menjalani pembedahan di Pusat Pembedahan Delaware pada Oktober 2012.

Dia kini menuntut bayaran ganti rugi atas alasan mengalami tekanan mental dan kehilangan pendapatan.

Menurut laporan Delaware Online, Walls ialah kakitangan pusat pembedahan itu.

“Apabila Walls sedar daripada kesan anesthesia selepas menjalani pembedahan, dia mendapati dia dipakaikan seluar dalam wanita merah jambu

“Dia tidak memakai seluar dalam wanita itu ketika dimasukkan ke bilik bedah dan tidak pernah dengan secara sukarela menawar diri untuk memakainya,” menurut saman yang difailkan di Mahkamah Agung New Castle County, semalam.

Di samping itu, Peguam Gary Nitsche dalam aduan bagi pihak Walls berkata, rakan plaintif gagal melaksanakan dasar dan prosedur untuk pesakit.

Pengarah pusat pembedahan berkenaan, Jennifer Anderson enggan mengulas sebaliknya berkata: “Kami hanya mengetahui perkara ini semalam.” - AFP


EmoticonEmoticon