26 November, 2014

Dua wanita jual video aksi seks sendiri di Wechat

Dua orang wanita yang berjaya memperoleh pendapatan hampir 18,000 yuen hasil dari jualan pita video seks mereka sendiri secara dalam talian dijatuhi hukum penjara dan denda.

Wang Li dan Li Hong menjalankan aktiviti lucah tersebut di rumah kongsi mereka di Nanqiao dalam daerah Shanghai Fenxian lapor Shanghai Daily.

Wang telah berjaya menghasilkan hampir 26 video dan memperoleh pendapatan sehingga 14,00 yuen manakala Li pula menghasilkan 10 video dan telah dijual kepada 29 orang pelanggan dengan menjana pendapatan sekitar 4,00 yuen. Li dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan didenda 6,000 yuan kerana menerbitkan bahan berunsur lucah.

Pelanggan wanita ini memberitahu pihak polis mereka telah menonton video Wang melalui Wechat dan perlu membayar 688 yuan jika mahu jadi ahli seumur hidup untuk menonton aksi sepenuhnya.

Shanghaisst


EmoticonEmoticon