19 November, 2014

Ezad (Exist) dicekup positif dadah syabu

Penyanyi Ezad Lazim telah ditahan pihak polis atas dakwaan positif syabu. Bekas vokalis kumpulan Exist itu ditahan sekitar jam 1.30 petang di sekitar kawasan kompleks Selayang Mall.

Dalam sebuah blog hiburan menyebut, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Gombak telah menahan Ezad ketika penyanyi itu sedang berada di dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Wish sebelum menemui peket kecil plastik lut sinar yang disyaki berisi dadah jenis syabu. Ezad kemudiannya terus dibawa ke IPD Gombak.

Ujian saringan awal polis juga mendapati yang sampel air kencing Ezad positif dadah.



EmoticonEmoticon