17 November, 2014

Harimau Malaya kalah lagi

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Persiapan Harimau Malaya bagi menghadapi Piala AFF Suzuki semakin mencetus kebimbangan apabila skuad kendalian Dollah Salleh tewas 1-3 kepada Vietnam dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi sebentar tadi.

Walaupun bermula garang dengan jaringan pendahuluan menerusi Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-13, tuan rumah bangkit pada babak kedua menerusi Mac Hong Quan pada minit ke-46, disusuli sepakan penalti yang disempurnakan Nguyen Van Quyet pada minit ke-56 dan Ngo Hoang Tinh, minit ke-81.

Bertambah malang buat Harimau Malaya, mereka terpaksa menamatkan permainan dengan 10 orang apabila Mohd. Muslim Ahmad dilayangkan kad merah pada minit ke-48


EmoticonEmoticon