24 November, 2014

Pandalela Rinong nyaris maut, kereta remuk teruk

Kuala Lumpur: Penerjun negara Pandelela Rinong terbabit dalam kemalangan di Jalan Mahameru arah Sentul berhampiran Bangunan Parlimen, hari in.

Dalam kejadian pada 1 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan ke Pusat Sukan Bukit Jalil tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba mengelak sebuah kereta yang menukar arah laluan secara tiba-tiba.

Menurutnya, mangsa yang memandu kereta model Chevrolet hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11360?m=1#sthash.AXi1Lu8g.dpuf


EmoticonEmoticon