11 Disember, 2014

Kampung ini wajibkan lakukan seks pakai kondom

Gambar di atas merupakan gambar sebuah perkampungan pelacur murahan di Papua, Indonesia sehingga memaksa pihak berkuasa meletakkan papan tanda, penggunaan kondom adalah 100 peratus wajib.

Pada pintu gerbang berkenaan ditulis “Selamat Datang, Anda Memasuki Daerah 100% Wajib Kondom” yang jelas tanpa berselindung difahami mesejnya.

Foto berkenaan dirakamkan oleh rakan wartawan yang pergi ke Papua baru-baru ini.

“Bila aku tanya pak supir, kenapa ada signboard Wajib Kondom ni, dia kata ia adalah sebuah perkampungan kecil tepi tasik yang khusus untuk pekerja seks murahan di wilayah itu,” katanya.

Tinjauan lanjut penulis mendapati, penggunaan kondom bukan sahaja diwajibkan apabila mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi juga dengan isteri sendiri.

Laman blog fahmiberdiridisini.blogspot.com, menulis masalah jangkitan HIV dan Aids dikatakan meningkat di daerah Jayapura kerana aktiviti seks bebas dengan pelacur sehingga wujudnya papan tanda seperti itu.
Papan tanda Komplex Wajib Senyum juga di Jayapura, Papua, Indonesia. - Foto MYNEWSHUB.CC

Rakan berkenaan turut pergi ke sebuah lagi lokasi dengan nama menarik iaitu Kompleks Wajib Senyum yang terletak di Jayapura, Papua.

Kalau penulis dan anda semua ke sini, mesti boleh dapat banyak pahala bersedekah sebab hanya tersenyum sahaja. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon