24 Disember, 2014

Lee Chong Wei Bukan Lagi Pemain Badminton No. 1 Dunia

SELEPAS diduga dengan hukuman digantung menyertai perlawanan gara-gara sangkut kes doping, Datuk Lee Chong Wei terpaksa akur apabila kedudukan sebagai pemain badminton nombor satu dunia tidak lagi jadi miliknya.

Gelaran tersebut kini beralih kepada pemain China, Chen Long yang baru sahaja memenangi Siri Super Akhir 2014 minggu lalu di Dubai.


Mengulas hal ini, ikon badminton negara tersebut memberitahu dia tidak boleh berbuat apa-apa selepas dikenakan hukuman penggantungan sementara oleh Persatuan Badminton Dunia (BWF).

Buat masa ini Chong Wei masih menunggu perbicaraan kes dopingnya yang dijangka berlangsung awal bulan depan.

“Saya harus menerimanya selepas enam tahun berada di ranking nombor satu dunia, ia terganggu disebabkan kes doping saya.

“Bukan mudah untuk kekal kedudukan pemain perseorangan nombor satu dunia selama enam tahun, saya harap kes ini dapat diselesaikan segera,” ujar Chong Wei.

Pengumuman ranking baru BWF mencatatkan, pemain nombor satu dunia milik Chong Wei telah dipintas Chen Long selepas berjaya mengalahkan pemain perseorangan Denmark, Hans-Kristian Vittinghus. - MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon