17 Disember, 2014

Lukis potrait punggung bogel Kim Kardashian guna zakar

PELIK dan amat menjijikkan!

Setiap pelukis sememangnya punyai cara dan kaedah tersendiri bagi menghasilkan karya seni yang memuaskan hati.

Namun lain pula kisah pelukis dari Denmark yang mencetuskan kontroversi apabila mengaku menggunakan alat sulitnya bagi menghasilkan sebuah potret lukisan figura seksi, Kim Kardashian.

Pelukis bernama Uwe Max Jensen ini mendedahkan, dia melukis bahagian punggung Kim Kardashian dalam potret tersebut dengan hanya menggunakan alat sulitnya.


Dakwa pelukis ini, dia memiliki zakar yang mahir dalam seni lukisan maka peluang sebegini digunakan untuk memperkemaskan lagi potret lukisan Kim Kardashian tersebut.

Lukisan potret tersebut diinpirasikandaripada foto hangat ‘Break The Internet Kim Kardashian’ yang mendedahkan bahagian punggung artis terkenal itu buat tatapan pembaca majalah Paper.

Mungkin bagi Jensen, karya tersebut ‘amat berseni’.

Tapi seni mahupun tidak, karya tersebut jadi perbualan hangat sama seperti punggung Kim Kardashian. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon