28 Disember, 2014

#QZ8501: Optimis pesawat tidak alami kecelakaan

Kuala Lumpur: Kementerian Perhubungan Republik Indonesia (KEMENHUB) masih optimis bahawa pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang hilang hubungan komunikasi dengan menara kawalan di Surabaya ketika dalam penerbangan ke Singapura tidak mengalami sebarang kecelakaan.

Ketua Pengarah Perhubungan Udara KEMENHUB. Djoko Murjatmodjo berkata, jika kecelakaan ini berlaku sudah tentu transmiter pengesan kecemasan (ELT) pesawat itu dapat dikesan oleh agensi Badan Search and Rescue Nasional Indonesia (BASARNAS).

“Namun sehingga kini, tiada sebarang isyarat dikesan dan kita mengharapkan kehilangan hubungan komunikasi pesawat ini tidak berlanjutan kepada perkara yang lain,” katanya kepada pemberita di Bandara Soekarno-Hatta, Tangerang sebentar tadi.

Djoko memberitahu bahawa sehingga kini BASARNAS sudah dimaklumkan mengenai kehilangan pesawat itu dan gerakan mencari dan menyelamat sudah dijalankan dengan segera ke sekitar perairan Laut Jawa di mana hubungan pesawat itu terputus.

1 comments so far


EmoticonEmoticon