06 Jun, 2015

Anak pelakon popular dakwa dirogol

SHAH ALAM - Seorang jurulatih penerbangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini terhadap dua pertuduhan merogol anak seorang pelakon popular 90-an, tiga tahun lalu.

Lelaki berusia 54 tahun itu didakwa merogol mangsa yang juga anak saudaranya yang ketika itu berusia 11 tahun di sebuah pangsapuri dekat sini jam 1 pagi pada 13 Mac 2012.

Dia juga didakwa merogol mangsa di lokasi sama pada 2 Mac 2014.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abdul Rahim mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.