11 Jun, 2016

Polis Sepanyol siasat de Gea kes filem lucah

Polis Sepanyol siasat de Gea kes filem lucah SABTU, 11 JUN 2016 - 12:34AM DAVID de Gea dilaporkan terbabit dalam siasatan polis dan dikaitkan dengan pengarah filem lucah yang sudah didakwa menjalankan sindiket pelacuran kanak-kanak. - Foto Reuters PARIS: Penjaga gol Manchester United, David de Gea dilaporkan terbabit dalam siasatan polis dan dikaitkan dengan pengarah filem lucah yang sudah didakwa menjalankan sindiket pelacuran kanak-kanak. Laporan menyatakan saksi yang dilindungi dalam kes membabitkan Ignacio Allende Fernández yang lebih dikenali sebagai Torbe, mendakwa de Gea mengadakan pertemuan dengannya dan seorang lagi gadis bersama dua pemain Bawah 21 tahun Sepanyol pada 2012. Begitupun, sumber terdekat menyatakan de Gea masih tenang dan berhasrat terus kekal bersama skuad Sepanyol pada Euro 2016 dan bakal mengadakan sidang media selepas ini. Torbe ditangkap dan ditahan di penjara pada April lalu selepas dituduh menjalankan sindiket pelacuran kanak-kanak dan menggunakan gadis bawah umur untuk menjalankan penggambaran filem lucah. Saksi yang enggan didedahkan nama itu yang juga wanita yang ditangkap sindiket terbabit, membuat laporan kepada penyiasat bahawa dia didera secara seksual oleh dua pemain bola sepak pada 2012 di hotel lima bintang berhampiran Madrid. Dia menyatakan dua pemain terbabit, tidak termasuk de Gea adalah pemain bawah 21 tahun Sepanyol ketika itu. Berdasarkan laporan di Sepanyol, seorang daripadanya adalah penyerang Athletic Bilbao, Iker Muniain sementara seorang lagi gagal dikenal pasti wanita terbabit. Dia mendakwa pertemuan terbabit dirancang oleh de Gea dan Torbe. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/163031?m=1