21 September, 2017

Pelajar tingkatan tiga lahir bayi dalam surau, pelajar lelaki tingkatan 4 ditahan

Gambar hiasan
JEMPOL: Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan polis berhubung kes kelahiran sorang bayi perempuan di dalam surau sebuah sekolah di sini pagi Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, DSP Azham Shah Azlan berkata, pihaknya menahan pelajar berkenaan bagi membantu siasatan berhubung kes pelajar wanita berusia 15 tahun yang melahirkan bayi tersebut.

"Bayi yang dilahirkan itu cukup sifat dan dalam keadaan sihat manakala remaja yang melahirkannya sudah sedar dan masih menerima rawatan di Hospital Jempol," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


EmoticonEmoticon