05 Oktober, 2018

Pemuja Tun M Kantoi Edit Nota Tangan PM

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Imej hebat Tun Dr. Mahathir Mohamad di arena dunia sekali lagi tercalar teruk selepas percubaan segelintir penyokong Perdana Menteri itu mahu tipu netizen akhirnya terbongkar baru-baru ini.

Sebelum ini, pemuja Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu ‘kantoi’ apabila kata konon Mahathir, 93, tidak menginap dengan ahli keluarganya di The Plaza, hotel paling mahal di kota New York, Amerika Syarikat (AS), selama lima hari.

Lucunya, akhbar berbahasa Inggeris popular tempatan, The Star kemudian secara tidak sengaja melaporkan beliau tinggal di hotel elit itu sepanjang lawatan ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu.

Malu dengan laporan eksklusif itu, pentaasub Mahathir selepas itu cuba perbesar pula kehebatan beliau berucap di pentas dunia; konon lebih gah berbanding Perhimpunan Agung UMNO yang kebetulan diadakan pada waktu sama.

Ironi, perhimpunan tahunan parti terbesar Melayu Islam di dunia itu tetap berlangsung meriah waima bajet kecil, tetapi ucapan Mahathir di PBB pula langsung tiada sambutan apabila ramai delegasi bertindak keluar dari dewan.

Foto disiar agensi berita antarabangsa tular memaparkan suasana banyak kerusi perwakilan kosong ketika Mahathir berucap; jauh berbeza semasa Presiden AS, Donald Trump, malahan pemimpin negara lain menyampaikan ucapan.
loading...

Terbaharu penyokong Mahathir terdesak mahu tonjol beliau mampu berucap dengan baca bersahaja nota tulisan tangan tanpa guna alat bantuan teleprompter semasa berucap di PBB, akhirnya tanggung padah malu diri sendiri.

Teleprompter ialah skrin kaca di depan pembentang untuk bantu baca teks tanpa perlu tunduk kepala dan memang tidak ada sebarang salah bagi pemimpin seperti Mahathir bergantung kepada teleprompter jika terlupa sesuatu ayat.


Bahkan tiada salahnya sekiranya teks ucapan dibuat pegawai beliau kerana pastinya Mahathir sendiri akan semak dulu isi kandungannya. Bagaimanapun pemuja Mahathir yang fanatik dengan idolanya itu enggan terima hakikat.

Mereka terpaksa meletakkan gambar surat yang bertulisan tangan daripada Mahathir bagi membuktikan bahawa konon beliau sendiri sanggup menulis dan membaca teks ucapan tersebut pada perhimpunan tahunan PBB itu.

Ketaasuban pemuja tegar Mahathir namun kantoi apabila surat bertulisan tangan tersebut sebenarnya merupakan koleksi peribadi beliau yang diambil daripada pelbagai gambar arkib Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Alahai elok benarlah, tulisan tangan zaman lama beliau sewaktu jadi perdana menteri keempat itu ‘diedit’ dari arkib kerana si penulisnya juga mungkin sudah layak berada di sana selaras usianya hampir 100 tahun. – Mynewshub.TV


EmoticonEmoticon