19 Februari, 2019

AR Badul diserang sakit jantung, kini di IJN

Pelakon berstatus ‘legend’ iaitu AR Badul kini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronori (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Ahad setelah beliau mengadu sakit dada dan badannya berpuluh.

Isteri AR Badul iaitu Maizatul Osman telah mengesahkan hal berkenaan. Maizatul Osman berkata, suaminya menerima serangan jantung major iaitu agak serius namun berada dalam keadaan stabil.

Ini komen Maizatul Osman:

“Dia mengadu sakit dada dan berpeluh peluh ketika sedang menyiapkan skrip, kemudian kami bawa ke klinik kira-kira pukul 4 petang Ahad dan dia terus dibawa ke IJN.

“Alhamdulillah keadaan dia stabil dan kini lebih baik dari semalam,”

Kata wanita ini lagi, ini merupakan kali pertama AR Badul yang kini berumur 70 tahun, diserang penyakit berkenaan.

Katanya, buat masa ini mereka hanya mengikut prosedur rawatan yang disediakan pihak hospital.

“Doktor sudah memasang dua ring jantung (stent) bagi melebarkan salur darah. Ini kali pertama dia kena serangan jantung, buat masa sekarang kami hanya mengikut prosedur yang diaturkan pihak IJN,”

Sementara itu, sekeping foto keadaan terkini AR Badul telah dikongsi oleh seorang pealkon yang menggunakan FB bernama Juita Johari.

AR Badul atau nama penuhnya Armaya Arman Ramlie, merupakan pelakon popular yang mula melibatkan diri dalam dunia perfileman pada tahun 1970-an dan aktif sehingga kini khususnya karya-karya komedi.

Antara filem lakonananya ialah Panglima Badol, Si Badol, Manis-Manis Sayang, Mr Os, Kembar Siam, Oh Fatimah, Jejaka Perasan dan Senario The Movie.

AR badul juga banyak berlakon drama televisyen tempatan dan pernah menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega dengan kumpulan Da Di Du.

Sama-sama kita daoakan agar pelakon legenda ini kembali sihat sepenuhnya.

loading...


EmoticonEmoticon