15 Februari, 2019

Dr Sheikh Muszaphar bukan bersumpah, sekadar respon biasa - Suhaimi Saad

Setelah dicabar untuk bersumpah bahawa bumi ini berbentuk sfera, angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar telah tampil memberi responnya.

Dengan jelas, Dr Sheikh Muszaphar telah mengatakan bahawa bumi sememagnya berbentuk sfera atau lebih tepat lagi berbentuk geosfera.

Ini komen angkasawan negara:
Melihat sudah ada respon dari Dr Sheikh Muszaphar, nampaknya Suhaimi Saad tak menunggu lama untuk memberi reaksi nya tentang komend ari Dr Sheikh Muszaphar itu.

Di laman FB miliknya, Suhaimi Saad sudah pun membaca komen dari Dr Sheikh Muszaphar itu dan mengatakan angkasawan berkenaan tidak angkat sumpah bahawa bumi itu sfera akan tetapi Dr Sheikh Muszaphar hanya memberi respon sahaja, bukan bersumpah.

Kata Suhaimi Saad, penggunaan ayat seperti “MasyaAllah” dan “In the name of Allah” itu hanyalah zikir biasa sahaja.

Ini komen balas Suhaimi Saad:

DAH ADA RESPON

Alhamdu lillah..
Pagi ni Dr dah respon.

Cuma..
Mungkin doktor tak berapa jelas apa yang ss maksudkan dengan sumpah.
Walaupun sebenarnya ss dah tulis dengan jelas

Masya Allah.. SubhanAllah dan In the name of Allah bukanlah lafaz sumpah, itu zikir biasa.

Takpelah,
ss cuma cabar je.
ss tak paksa pun Dr sumpah.
Mungkin Dr tak suka bersumpah
#husnuzon

Apa pun, terima kasih Dr ya sebab sudi respon
Tapi tak dapat la ss hentikan kajian dan tolong dakwahkan geng FE tu

Jangan marah ya netizen

#tiadasumpah
#cumarespon
#takfahammaksudsumpah


KOMEN KEDUA:

NETIZEN yang dirahmati Allah sekalian..

Tu la,
Kalau ss cakap korang b*d*h,
korang marah
Terasa,sentap,meroyan.

Dulu masa ustad,ustazah ajar lafaz sumpah,korang main main,tak fokus,tido,ponteng..

Sekarang,
Dah nak salahkan ss pulak
Kata ss ego la,kuat spin la,tak nak terima kenyataan bla bla bla bla..

Ma sa alahnyeeer..

Ma sya Allah..SubhanAllah dan In the name of Allah tu zikir..
bukan sumpah.
Korang paham tak maksud zikir tu?
Simple je kot…takkan tak paham..kata islam😁gi sekolah..

Lafaz sumpah adalah :
WAllahi..wabillahi..watAllahi..

Kalau ss cakap korang sesat,
Korang marah kan?
Masalahnya..

Korang ni memang dah sesat
Lafaz sumpah ngan zikir pun tak reti nak bezakan.

Ntah ntah bulat,sfera ngan datar pun tak faham

Oklah,
ss nak solat Dhuha jap.#riyak

Komen dulu eh,
Tengok la pas Jumaat ke,kalau tak busy ss delete la

#gigih
#minattapicakapmeluat
#jahiltapiego
#salahorangnampakbodohsendiritakperasan
#takfahampastunaksalahkanorang
#netizenmalaysiaramaiyangiqrendahopss
#jomselawat


Kisah bumi ini berbentuk leper atau flat mula menjadi bualan ramai setelah Suhaimi Saad iaitu bekas ahli kumpulan InTeam telah mencabar angkasawan negara yang pernah pergi ke angkasa lepas iaitu Dr Sheikh Muszaphar untuk bersumpah bahawa bumi itu berbentuk sfera atau bulat.

loading...


EmoticonEmoticon