17 Februari, 2019

IKEA Batu Kawan Akan Dibuka 26 Hari Lagi

IKEA Batu Kawan kini dalam persiapan terakhir mereka untuk memulakan operasi pada pertengahan bulan depan dan ini merupakan cawangan keempat mereka di Malaysia yang menyediakan barangan kelengkapan rumah.

Oleh itu, selepas ini ia pastinya akan menjadi tumpuan semua orang yang berada di utara kerana ia merupakan satu-satunya cawangan di wilayah itu.

"Dalam tempoh 26 hari lagi, kita akan menyaksikan pembukaan rasmi IKEA Batu Kawan dan kini seramai 300 rakan sekerja di IKEA sedang bertungkus lumus membuat persiapan terbaik bagi merealisasikan visi dalam mencipta kehidupan harian yang lebih baik untuk orang ramai.

"Apatah lagi, pembukaan gedung IKEA di Pulau Pinang amat dinanti-nantikan apabila kesemua barangan dan produk yang ada di sini berada di bawah satu bumbung yang memberi kemudahan kepada semua," kata pengurusnya A Pathmalingam.
loading...


EmoticonEmoticon