01 Mei, 2019

Bung Moktar dan Zizie ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya menahan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A Samad hari ini.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan Bung Moktar ditahan 10.50 pagi tadi di pejabat SPRM Sabah manakala Zizie Izette ditahan di pejabat SPRM Putrajaya 11.15 pagi tadi selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah membabitkan FELCRA.

“SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Bung Moktar dan Zizie Izette di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei ini.

“Bung Moktar dan Zizie Izette bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

“Mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya.
loading...


EmoticonEmoticon