15 Mei, 2019

Foto Aliff Aziz Diranjang Pula Tersebar

Nampaknya kontroversi gambar panas diantara Aliff Aziz dan gadis bernama Nismell terus hangat diperkatakan apabila kali ini, gambar intim mereka bermesraan pula tersebar di media sosial.

Dalam gambar tersebar itu Nismell yang memakai pakaian dalam hitam, dicium mesra oleh seorang jejaka yang tidak kelihatan wajahnya. Namun individu yang menyebarkan gambar tersebut mendakwa jejaka itu, Aliff.

Hairannya sebelum ini gadis berusia 17 tahun itu mendakwa tidak pernah melakukan apa-apa bersama Aliff yang baru dikenalinya di private party. Gadis itu juga bertegas dirinya difitnah oleh rakannya yang dengki.
Terdahulu sekeping gambar memaparkan Aliff tidak berbaju bergambar mesra dengan gadis itu mula tular. Difahamkan gambar terbabit disebarkan oleh rakannya sendiri kerana soal hutang yang tidak dibayar oleh Nismell.

Sehinga kini masih tiada penjelasan mahupun komen daripada Aliff sendiri mengenai kontroversi panas ini. Pun begitu, terbaru isteri kepada Aliff, Bella nekas mahu teruskan hidup tanpa Aliff. (rtky/w)
loading...


EmoticonEmoticon