13 Mei, 2019

Kes jururawat Hospital Serdang hilang disiasat

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan di bawah kes Orang Hilang berhubung Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, yang dilaporkan hilang pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kes itu dan pihaknya kini masih menjalankan siasatan.

“Pihak kami sudah menerima laporan itu (kehilangan Siti Kharina) tempoh hari dan kami membuka kertas siasatan bagi kes itu.

“Kes berkenaan diklasifikasi sebagai Orang Hilang dan siasatan masih dijalankan sehingga kini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, pihak pengurusan Hospital Serdang mengesahkan Siti Kharina yang dilaporkan hilang sebelum ini, dilihat kali terakhir di kawasan tempat letak kenderaan hospital itu pada Rabu lepas.

Siti Kharina dilihat memandu kereta Honda City berwarna putih.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk membantu mengesan Siti Kharina digesa agar menghubungi polis atau adik Siti Kharina, Siti Khairani Mohd Kamaruddin di talian 012-2587764. - Bernama
loading...


EmoticonEmoticon