13 Mei, 2019

'Love bite' penuh dileher bongkar perlakuan anak perempuan

ISKANDAR PUTERI - Seorang ibu terkejut apabila mengetahui lebam pada leher anak perempuannya membongkar rahsia perbuatan terkutuk remaja itu yang melakukan hubungan seks dengan lima lelaki sejak tahun lalu.

Remaja berusia 16 tahun itu membuat laporan polis selepas disuruh ibunya sebaik mengetahui terdapat gigitan cinta (love bite) di lehernya dan mengetahui cerita sebenar.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, susulan laporan yang diterima pada pukul 11.30 malam tadi, lima suspek lelaki berusia antara 16 hingga 20 tahun ditahan sepasukan anggota Balai Polis Kangkar Pulai, bagi membantu siasatan.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada tiga pelajar sekolah menengah, seorang penganggur dan seorang penjual air mineral.

"Hasil siasatan awal mendapati remaja perempuan itu sudah mula melakukan hubungan seks dengan semua suspek selepas tamat peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada Oktober tahun lalu.

"Tahun lalu, seorang suspek yang juga kawan lelaki remaja berkenaan bersama dua sepupunya mengambil dan menghantarnya pulang ke rumah di Kangkar Pulai di sini," katanya ketika dihubungi di sini.

Dzhulkhairi berkata, mereka mengajak remaja terbabit melakukan hubungan seks dan perbuatan itu berlaku dengan kerelaan hati remaja tersebut.

Difahamkan, remaja perempuan yang juga anak tunggal itu hanya tinggal bersama ibunya selepas kematian ayah dan kejadian terbabit dilakukan di rumahnya sendiri ketika ibunya tiada di rumah.

Menurut Dzhulkhairi, lima suspek lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis.

Katanya, ketika ditahan, tiga telefon bimbit turut dirampas dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE
loading...


EmoticonEmoticon