27 Mei, 2019

Maszlee tidak sensitif kewujduan etnik Sarawak, Sabah

KUCHING: Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik seharusnya peka dan sedar akan kewujudan kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak, kata Pengerusi PAS Bintulu Zharudin Narudin.

Beliau menjelaskan, ini kerana baru-baru ini, Maslee telah memuat turun video di ‘Facebook berkenaan cuti sekolah dan Hari Raya Aidilfitri tanpa menyebut sambutan Kamaatan dan Hari Gawai yang juga akan tiba tidak lama lagi.

“Video tersebut tidak mempunyai sebarang kesilapan melainkan beliau telah gagal memasukkan sekali sambutan Kaamatan dan Hari Gawai di dalam ucapan beliau untuk peringatan sempena cuti sekolah ini.

“Ini mungkin nampak remeh sahaja, tapi bagi kami di Borneo, ianya tidak dapat diterima,” katanya seperti dilapor Suara Sarawak, hari ini.
Pengerusi PAS Bintulu Zharudin Narudin.
Suara Sarawak merupakan akhbar yang semakin mendapat tempat di hati pembaca sejak dilancarkan 1 Mac lalu.

Perkara tersebut, tambah Zharudin, telah melukakan hati para guru dan pelajar yang menyambut perayaan tersebut.

“Lagipun, perayaan Kamaatan dan Hari Gawai bakal disambut lebih awal daripada Hari Raya pada musim perayaan ini.

“Kelalaian ini menunjukkan Maslee tidak berminat dengan Sabah dan Sarawak,” jelas beliau.

Katanya lagi, video tersebut jelas menunjukkan kejahilan terhadap masyarakat Sabah dan Sarawak di sini.

“Walaupun orang Dayak ialah golongan minoriti di Semenanjung, mereka ialah golongan majoriti di Sabah dan Sarawak.

“Oleh itu, untuk diabaikan atau dilupakan oleh pemimpin persekutuan, ia sangat menyakitkan,” ujar Zharudin.

Sumber: Sarawak Voice

loading...


EmoticonEmoticon