30 Mei, 2019

Penyamun ikat lembu sebelum sumbat dalam kereta

Lembu diikat sebelum disumbat ke dalam kereta
SEBERANG PERAI - Tiga penyamun berputih mata selepas cubaan mereka melarikan seekor lembu dengan sebuah kereta dari sebuah kandang di Jalan Sungai Lokan, Butterworth di sini tidak berjaya apabila kejadian itu disedari pemilik lembu tersebut awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu disedari pemiliknya selepas terdengar bunyi anjing menyalak sebelum dia meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

"Pemilik berusia 52 tahun itu nampak dua ekor lembunya di dalam kandang bersebelahan rumah telah disumpit dipercayai dengan ubat pelali dan salah seekor daripada lembu jenis Brahman itu telah disumbat ke dalam sebuah kereta.

"Dia mengejar kereta itu sebelum kenderaan suspek melanggar besi longkang dan terbabas," katanya kepada pemberita sebentar tadi.
Kereta penyamun yang terbabas
Difahamkan seorang lagi susupek berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta lain.

Sementara itu, Noorzainy berkata, tiga daripada empat penyamun berusia 24 hingga 26 tahun itu berjaya dicekup selepas pemilik berkenaan menghubungi polis.

"Polis telah merampas sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk melakukan kegiatan itu dan seekor lembu jenis Brahman.

"Kesemua suspek juga telah dibawa ke Hospital Kepala Batas bagi menerima rawatan akibat kecederaan pada kepala dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE

loading...


EmoticonEmoticon