30 Mei, 2019

Perunding perkahwinan disyaki bakar diri dalam kereta

BESUT - Penduduk Kampung Tok Has, Jerteh di sini hari ini gempar selepas seorang perunding perkahwinan berusia 27 tahun terbakar di dalam kereta Proton Persona miliknya yang diletakkan di tapak pasar malam perkampungan terbabit.

Dalam kejadian pada pukul 12.13 tengah hari itu, lelaki terbabit dipercayai sanggup datang dari Kota Bahru, Kelantan semata-mata untuk membakar diri dalam kejadian yang disyaki bermotifkan bunuh diri.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kejadian itu telah menggemparkan beberapa penduduk kampung yang kebetulan melalui lokasi tersebut sebelum memaklumkannya kepada Balai Polis Jerteh di sini.

"Seorang anggota polis dari Unit Rondaan Bermotor yang bergegas ke lokasi kejadian tidak lama kemudian mendapati kebakaran itu hanya melibatkan mangsa yang duduk di tempat duduk pemandu.

"Pasukan bomba tiba selepas itu sebelum berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran berkenaan dan mengeluarkan mangsa yang berada dalam keadaan melecur hampir 20 peratus dan tidak sedarkan diri," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Mohd. Rowi berkata, pemeriksaan di dalam kereta berkenaan telah menjumpai sebotol air mineral berisi minyak petrol yang dipercayai telah digunakan dalam kebakaran terbabit. - K! ONLINE

loading...


EmoticonEmoticon