30 Mei, 2019

Warden asrama liwat pelajar tahfiz dipenjara 133 tahun

Nawawi yang berasal dari Bandar Baharu Kedah dituduh melakukan kesalahan terbabit di Maahad Tahfiz al Quran Ar Raudhah Bohor Mali, Simpang Empat sepanjang April lalu terhadap lima pelajar berkenaan yang berusia antara 9 hingga 15 tahun.

Bagaimanapun, Nawawi mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan liwat dan memaparkan video lucah melalui telefon bimbit kepada seorang mangsa berusia 11 tahun.

Pendakwaan yang berlangsung dua sesi pada Rabu dilakukan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (KK), 377C KK serta Seksyen 15(e) dan 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 selain Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002.

Prosiding kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali bersama Nor Shuhada Mohd Yatim dan Mohd Farhan Aliff Ahmad sementara Nawawi diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Negeri Perlis.

Mahkamah menetapkan tarikh 9 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan juga proses penyerahan dokumen bagi tiga pertuduhan yang minta dibicarakan. - Sinar Harian

loading...


EmoticonEmoticon