14 Jun, 2019

Pencuri baju dalam dicekup orang ramai

MIRI: Macam-macam cara lelaki melepaskan gian seks.

Ada yang seronok melepaskan nafsu seks dengan mencuri seluar dalam wanita dan menciumnya.

Tidak kurang juga yang melakukannya dengan melampiaskan nafsu seks dengan melihat baju dalam wanita.

Yang lebih dahsyat ada yang melampiaskan nafsu seks dengan menyetubuh mayat wanita.

Gempar di bandar ini semalam ialah apabila seorang lelaki mencuri baju dalam wanita.

Mungkin itu bukan pertama kali lelaki itu melakukannya.

Dalam beberapa keping gambar yang tular, lelaki itu kelihatan memegang baju dalam wanita yang dipercayai dicurinya.
Menurut catatan dalam mesej yang beredar bersama-sama gambar berkenaan, ialah catatan bahawa kejadian berlaku di kawasan Senadin di sini.

Turut kelihatan ialah kereta peronda polis.

Dipercayai lelaki dalam lingkungan awal 20-an itu melakukan perbuatan itu dengan menunggang basikal.

Lelaki itu dikatakan ditangkap orang ramai selepas mencuri baju dalam berkenaan di kawasan terbabit.

Dia lalu diserahkan kepada polis.

Tidak pula diketahui nasib pencuri baju wanita itu seterusnya.
loading...


EmoticonEmoticon