12 Jun, 2019

Polis sahkan terima laporan berhubung klip video seks tular

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung penularan video seks luar tabii didakwa melibatkan seorang Menteri Kabinet dan seorang pemuda yang tular semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan mengatakan kes tersebut dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas di Bukit Aman.

Difahamkan, laporan itu dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang petang semalam.

Semalam, beberapa klip video tular memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel melakukan aksi seksual dengan seorang daripadanya didakwa kelihatan menyerupai Menteri Kabinet.
Hari ini, satu video dimuat naik seorang pemuda awal pagi tadi yang membuat pengakuan dirinya merupakan seorang daripada lelaki dalam video tersebut dan mendakwa seorang lagi lelaki adalah menteri berkenaan.

Sumber - UTUSAN ONLINE

loading...


EmoticonEmoticon