19 Jun, 2019

Saya akan cadangkan Haziq dipecat - Zuraida

PUTRAJAYA: Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin akan mencadangkan Biro Politik parti itu memecat Ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz, selepas mengaku mengadakan hubungan seks sejenis dengan seorang individu didakwa menteri kanan.

Beliau yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan berkata, PKR sepatutnya mengambil tindakan ke atas Haziq selepas pengakuan terbukanya melakukan seks sejenis yang merupakan jenayah di negara ini.

“Jadi, sepatutnya tindakan pecat harus dikenakan kepada anggota terlibat kerana ia memalukan parti, mencemarkan parti dan juga mencemarkan kepimpinan parti,” katanya selepas Majlis Semarak Aidilfitri dan Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam di kementeriannya, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, Biro Politik PKR akan mengadakan mesyuarat pada 5.30 petang ini di ibu pejabat parti itu untuk membincangkan klip video seks sejenis mengaitkan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali yang tersebar di media sosial sejak minggu lalu.

Zuraida turut membidas pihak yang mendesak Azmin bercuti atau melepaskan jawatannya susulan kontroversi itu dengan menyifatkan cadangan itu sebagai konyol.

“Saya ingat pemimpin yang buat kenyataan sebegitu harus lebih waras.

“Lebih baik mereka ini fokus untuk bantu bina negara, buang masa buat kerja bukan-bukan, memalukan negara.”

Katanya, Azmin menafikan terbabit dalam video seks sejenis itu dan semua pihak perlu menunggu hasil siasatan polis.
loading...


EmoticonEmoticon