13 Jun, 2019

Sebar bahan lucah boleh didenda RM50,000, penjara setahun

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memuat naik, menyebar ataupun berkongsi kandungan berunsur lucah di internet.

Suruhanjaya itu dalam kenyataannya berkata perkara berkenaan selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan pihak yang didapati melanggar undang-undang ini boleh dikenakan penjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

“Pihak MCMC akan menyiasat kes-kes penyebaran kandungan berunsur jelik dan lucah serta akan menyekat laman-laman sesawang yang didapati menyebarkan kandungan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan seeperti dipetik Bernama.

Kenyataan itu berkata, kerjasama dengan pihak pengendali platform seperti Facebook turut diambil untuk memastikan kandungan lucah tersebut tidak tular.

Suruhanjaya itu juga akan terus mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam memantau penyebaran kandungan yang menyalahi peruntukan undang-undang negara.

“Pihak MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” katanya.—Sarawak Voice
loading...


EmoticonEmoticon