13 Jun, 2019

Suatu hari kamu akan lihat gambar saya dalam video seperti ini - Tun M

SHAH ALAM: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad meragui ketulenan video seks mirip seorang menteri yang tersebar baru-baru ini, mengatakan orang zaman sekarang boleh menghasilkan pelbagai gambar jika berkemahiran.

“Satu hari nanti kamu akan lihat gambar saya sama begitu juga,” katanya kepada pemberita di satu majlis PPBM malam tadi.

Sebaliknya, Mahathir percaya dakwaan terhadap menterinya suatu tindakan terancang kerana agenda politik, dan mengecamnya sebagai “kotor sangat”.

“Kalau tak boleh lawan, jangan buat kerja begitu,” katanya.

Beliau menyeru semua pihak supaya berpolitik secara bersih, kerana “setiap hari boleh sahaja berkongsi” kalau mahukan politik kotor seperti itu.

“Yang mengaku ini sengaja buat perkara ini. Kalau tidak, bagaimana nak mengaku? Biasanya orang seperti itu malu, tetapi ini tidak malu. Sekarang mengaku, apa tujuannya?”

Awal hari ini, pegawai kepada Naib Presiden Shamsul Iskandar, Muhammad Haziq Aziz mendakwa individu dalam video itu adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali dan dirinya.

Azmin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang cuba mengaitkannya dengan video seks itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat “tuduhan jahat”.

Free Malaysia Today

loading...


EmoticonEmoticon