12 Jun, 2019

Video viral, ahli UMNO diminta elak terlibat

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru kepada semua pemimpin, ahli dan pendukung parti untuk tidak terlibat dalam kontroversi video seks songsang didakwa melibatkan individu yang mirip seorang menteri kanan Kabinet.

Beliau berkata, UMNO juga tidak akan terlibat dengan perkara mengaibkan mana-mana pihak dan tidak akan menjadi parti atau gerakan sosial yang menerima perkara sedemikian.

“UMNO adalah gerakan amal bakti yang dipimpin oleh kematangan dan profesionalisme dan adalah menjadi amalan UMNO untuk memilih jalan yang baik dan berhikmat dalam setiap tindakan yang kita lakukan.

“Oleh itu, rentetan tersebarnya video skandal seks orang berjawatan dalam kerajaan, yang kini hangat diperkatakan dalam media sosial, saya menyeru dan menganjurkan supaya semua pemimpin, ahli dan pendukung UMNO, untuk tidak terlibat. Apatah lagi mengambil kesempatan dan melakukan perkara yang hanya memburukkan keadaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, beberapa klip video tular memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel melakukan aksi seksual dengan seorang daripadanya didakwa kelihatan menyerupai Menteri Kabinet.

Hari ini, satu video dimuat naik seorang pemuda awal pagi tadi yang membuat pengakuan dirinya merupakan seorang daripada lelaki dalam video tersebut dan mendakwa seorang lagi lelaki adalah menteri berkenaan. - UTUSAN ONLINE

loading...

1 comments so far

errr...lokman adam tu dari parti mana yaaa?


EmoticonEmoticon