26 September, 2019

Yazit Search kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR - Bekas Pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad menghembuskan nafas terakhir pukul 11.53 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas bertarung nyawa akibat kecederaan otak berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan.

Perkara itu disahkan rakan baiknya, Ashaari Mohd. Nasir, menerusi kenyataan yang diberikan kepada media.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Salehuddin Al Ayubi Taman Melati dan dikebumikan di Tanah Perkuburan di Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Selangor.

Difahamkan, mesin bantuan pernafasan dilepaskan kira-kira pukul 11.46 pagi tadi.

Yazit dimasukkan ke HKL kira-kira pukul 3 pagi Selasa selepas mengadu sesak nafas kepada isterinya, Ramlah Ahmad.

Pada Selasa, Allahyarham dibawa ke unit kecemasan HKL dan setibanya di sana jantungnya tiba-tiba terhenti.

Bantuan pernafasan (CPR) dilakukan sebelum Yazit dimasukkan ke Zon Merah untuk diberi rawatan rapi.

Terdahulu, pada 3 September lalu Yazit, 57, pernah dimasukkan ke hospital sama akibat masalah pernafasan tetapi dibenarkan keluar dua hari kemudian.

Allahyarham meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38; Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29.

loading...


EmoticonEmoticon