24 November, 2019

Skop Fungsi dan Bidang Tugas Ikut Pekeliling - Guru Akademik Biasa

Huraian Kerja Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007

Mengambil kira perkembangan semasa perkhidmatan pendidikan di bawah KPM iaitu dasar terbaru pewujudan Sekolah Kluster dan konsep Guru Besar Cemerlang di sekolah rendah, maka kerajaan memutuskan supaya ditambah satu lapisan gred baru bagi skim perkhidmatan PPPLD untuk jawatan Guru Besar Cemerlang Sekolah Rendah dan Guru Besar Sekolah Kluster (Sekolah Rendah) di sekolah-sekolah di bawah KPM pada tahun 2007.

Secara umumnya, fungsi ini tidak banyak berubah kerana perbekalan-perbekalan lain dalam skim perkhidmatan berkuatkuasa adalah dikekalkan.
Pada tahun 2016, Kementerian menerbitkan Dokumen Awal Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Laluan Pengajaran & Pembelajaran dan Kepimpinan) berdasarkan bidang keberhasilan utama jawatan yang disandang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) mengikut gred. Deskripsi tugas PPP dibangunkan berdasarkan Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan (Khair, 2007) yang menerangkan perananm tugas dan tanggungjawab PPP bermula daripada gred DG41 hingga Gred Khas.

Secara umumnya, dokumen tersebut tidak menafikan bidang tugas yang dikeluarkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan bilangan 11 Tahun 2017 yang menghuraikan tanggungjawab secara terperinci jenis-jenis guru.

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS: 
GURU AKADEMIK BIASA (GAB)

  1. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran yang ditetapkan untuk 22 hingga 30 waktu seminggu.
  2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
  3. Memahami dan mematuhi pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir penggal bagi tiap tingkatan.
  4. Mengemaskini Buku Rekod Mengajar dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.
  5. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/ sepenggal/ seminggu/ harian.
  6. Menyedia dan memberikan kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar serta menyerahkannya kepada Pengetua untuk semakan (apabila diperlukan).
  7. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar serta merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.
  8. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.
  9. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.
  10. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
  11. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel serta mengawasi penggunaan peralatan.
  12. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
  13. Membantu menguruskan Bank Soalan.
  14. Menjalankan tugas sebagai seorang Kaunselor dan Guru Disiplin.
  15. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang dikendalikan oleh Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
  16. Pengendalian aktiviti ko-kurikulum.
  17. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.



EmoticonEmoticon