24 November, 2019

Skop Fungsi dan Bidang Tugas Ikut Pekeliling - Penolong Kanan Pentadbiran

Huraian Kerja Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007

Mengambil kira perkembangan semasa perkhidmatan pendidikan di bawah KPM iaitu dasar terbaru pewujudan Sekolah Kluster dan konsep Guru Besar Cemerlang di sekolah rendah, maka kerajaan memutuskan supaya ditambah satu lapisan gred baru bagi skim perkhidmatan PPPLD untuk jawatan Guru Besar Cemerlang Sekolah Rendah dan Guru Besar Sekolah Kluster (Sekolah Rendah) di sekolah-sekolah di bawah KPM pada tahun 2007.

Secara umumnya, fungsi ini tidak banyak berubah kerana perbekalan-perbekalan lain dalam skim perkhidmatan berkuatkuasa adalah dikekalkan.
Pada tahun 2016, Kementerian menerbitkan Dokumen Awal Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Laluan Pengajaran & Pembelajaran dan Kepimpinan) berdasarkan bidang keberhasilan utama jawatan yang disandang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) mengikut gred. Deskripsi tugas PPP dibangunkan berdasarkan Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan (Khair, 2007) yang menerangkan perananm tugas dan tanggungjawab PPP bermula daripada gred DG41 hingga Gred Khas.

Secara umumnya, dokumen tersebut tidak menafikan bidang tugas yang dikeluarkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan bilangan 11 Tahun 2017 yang menghuraikan tanggungjawab secara terperinci jenis-jenis guru.

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS: 
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
1. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

  • Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran yang ditetapkan untuk 12 hingga 17 waktu seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil 3/67 pindaan 1982)
  • Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.
  • Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
2. Kurikulum
  • Menentukan pelaksanaan kursus pengajian.
  • Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.
  • Mempastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran.
  • Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat sumber.
  • Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan sumber pendidikan.
  • Menentukan program TV dan Radio Pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya.
  • Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru.
  • Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan.
  • Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan dan penilaian dan mencadangkan tindakan-tindakan susulan.
  • Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
  • Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Membantu di dalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lainlain buku bacaan serta keseluruhannya.
  • Menyusun jadual waktu kelas serta jadual waktu gantian.

3. Pentadbiran

  • Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitanganbukan guru.
  • Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru.
  • Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat dan perangkaan.
  • Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan takwim sekolah.
  • Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru bukan guru.
  • Menyelaras penyeliaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.
  • Menyelaras semua jenis pungutan yuran tahunan.
  • Menjadi ahli lembaga tatatertib.
  • Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.
  • Mengurus hal-hal bangunan kawasan, kemudahan fizikal dan keceriaan.
4. Hal Ehwal Murid
  • Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan sekolah.
  • Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Guru Besar.

5. Ko-Kurikulum & Tugas-Tugas Lain
  • Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
  • Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

1 comments so far

Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi. Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di no Wa 085-254-384-488 rasa senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya menulis pesan ini biar
Semua orang tau,ini sebuah kisa nyata dari saya dan tidak ada rekayasa sedikit pun yang saya tulis ini,sekali lagi terimah kasih banyak ya Aki dan insya allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu Sartika dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB NYATA


EmoticonEmoticon