25 November, 2019

Skop Fungsi dan Bidang Tugas Ikut Pekeliling - Penyelia Petang

Huraian Kerja Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007

Mengambil kira perkembangan semasa perkhidmatan pendidikan di bawah KPM iaitu dasar terbaru pewujudan Sekolah Kluster dan konsep Guru Besar Cemerlang di sekolah rendah, maka kerajaan memutuskan supaya ditambah satu lapisan gred baru bagi skim perkhidmatan PPPLD untuk jawatan Guru Besar Cemerlang Sekolah Rendah dan Guru Besar Sekolah Kluster (Sekolah Rendah) di sekolah-sekolah di bawah KPM pada tahun 2007.

Secara umumnya, fungsi ini tidak banyak berubah kerana perbekalan-perbekalan lain dalam skim perkhidmatan berkuatkuasa adalah dikekalkan.
Pada tahun 2016, Kementerian menerbitkan Dokumen Awal Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Laluan Pengajaran & Pembelajaran dan Kepimpinan) berdasarkan bidang keberhasilan utama jawatan yang disandang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) mengikut gred. Deskripsi tugas PPP dibangunkan berdasarkan Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan (Khair, 2007) yang menerangkan perananm tugas dan tanggungjawab PPP bermula daripada gred DG41 hingga Gred Khas.

Secara umumnya, dokumen tersebut tidak menafikan bidang tugas yang dikeluarkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan bilangan 11 Tahun 2017 yang menghuraikan tanggungjawab secara terperinci jenis-jenis guru.

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS: 
PENYELIA PETANG
1. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

  • Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.
  • Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekurangkurangnya 12 waktu dalam seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 pindaan 1982).
  • Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
2. Kurikulum
  • Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
  • Membantu dalam hal pengajaran dan pembelajaran bagi sidang petang.
  • Menyusun Jadual Waktu Kelas dan guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian.
  • Menyelaras penggunaan Pusat Sumber, program radio dan televisyen dan sebagainya.
  • Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
  • Menyelaras dalam pengurusan ujian dan peperiksaan sekolah.
3. Pentadbiran
  • Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua, Guru Penolong Kanan dan Guru Penolong Kanan HEM.
  • Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam mentadbir semua aspek pengurusan sekolah bagi sidang petang.
  • Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran.
  • Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
  • Merekodkan segala jenis cuti yang diambil oleh guru-guru sidang petang.
  • Menyelaraskan pungutan yuran, derma dan jenis-jenis pungutan yang lain.
  • Menyelaras kerja-kerja kakitangan pejabat, makmal/ bengkel dan pekerja am sekolah bagi sidang petang.
  • Membantu merancang takwim sekolah.
  • Membantu merancang menyeliakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
  • Menyemak buku kedatangan murid sidang petang.
  • Menguruskan hal-hal pinjaman buku teks yang berkaitan dengan pengagihan dan pemulangan.
  • Menguruskan hal-hal kemasukan dan pertukaran murid sidang petang.
  • Menguruskan hal-hal biasiswa yang berkaitan dengan mengedar borang permohonan.
  • Membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan, keselamatan, kebersihan, dan keceriaan sekolah bagi sidang petang.
4. Hal Ehwal Murid
  • Menyelaraskan semua jenis tindakan disiplin.
  • Menyelaraskan aktiviti bimbingan dan kaunseling.
  • Melaksanakan Peraturan-Peraturan dan Undang-Undang Sekolah serta mengawas keselamatan murid sidang petang.
  • Menyelaraskan program mencegah penyalahgunaan najis dadah dan program-program lain di peringkat sekolah.
  • Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.
5. Ko-Kurikulum & Tugas-Tugas Lain
  • Menyelaras kegiatan ko-kurikulum, pakaian seragam, persatuan dan kelab serta sukan dan permainan.
  • Membantu mengeratkan hubungan di antara guru-guru sidang pagi dan sidang petang.
  • Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa tertentu yang diarahkan oleh Pengetua.
  • Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari masa ke semasa.



EmoticonEmoticon