25 November, 2019

Skop Fungsi dan Bidang Tugas Ikut Pekeliling - Penolong Kanan Kokurikulum

Huraian Kerja Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007

Mengambil kira perkembangan semasa perkhidmatan pendidikan di bawah KPM iaitu dasar terbaru pewujudan Sekolah Kluster dan konsep Guru Besar Cemerlang di sekolah rendah, maka kerajaan memutuskan supaya ditambah satu lapisan gred baru bagi skim perkhidmatan PPPLD untuk jawatan Guru Besar Cemerlang Sekolah Rendah dan Guru Besar Sekolah Kluster (Sekolah Rendah) di sekolah-sekolah di bawah KPM pada tahun 2007.

Secara umumnya, fungsi ini tidak banyak berubah kerana perbekalan-perbekalan lain dalam skim perkhidmatan berkuatkuasa adalah dikekalkan.
Pada tahun 2016, Kementerian menerbitkan Dokumen Awal Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Laluan Pengajaran & Pembelajaran dan Kepimpinan) berdasarkan bidang keberhasilan utama jawatan yang disandang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) mengikut gred. Deskripsi tugas PPP dibangunkan berdasarkan Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan (Khair, 2007) yang menerangkan perananm tugas dan tanggungjawab PPP bermula daripada gred DG41 hingga Gred Khas.

Secara umumnya, dokumen tersebut tidak menafikan bidang tugas yang dikeluarkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan bilangan 11 Tahun 2017 yang menghuraikan tanggungjawab secara terperinci jenis-jenis guru.

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS: 
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
1.  Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
  • Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.
  • Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekurang-kurangnya 12 waktu dalam seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 pindaan 1982).
  • Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
2. Pentadbiran
  • Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadan Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1 dan Guru Penolong Kanan 2.
  • Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk sidang petang.
  • Menyusun/menyelaras kegiatan ko-kurikulum.
  • Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum.
  • Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan ko-kurikulum yang telah diambil.
  • Membantu di dalam segala penerbitan sekolah dalam hal kokurikulum.
  • Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah.
  • Menyelaras hari-hari perayaan dan program sekolah.
  • Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian.
  • Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
  • Memastikan rekod dan data ko-kurikulun di selenggarakan.
  • Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan ko-kurikulum.
  • Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan ko-kurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.
3. Ko-Kurikulum & Tugas-Tugas Lain
  • Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam semua aspek pengurusan ko-kurikulum termasuk sidang petang.
  • Menyelia dan menilai aktiviti ko-kurikulum di sekolah.
  • Merancang takwim kegiatan sukan dan permainan.
  • Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan.
  • Menyelia kegiatan sukan dan permainan.
  • Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah.
  • Merancang dan menyelia kegiatan pakaian seragam.
  • Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam di dalam dan di luar sekolah.
  • Merancang kegiatan persatuan dan kelab.
  • Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dankelab.
  • Menyelia dan menyelaras aktiviti dan kegiatan persatuan serta kelab di dalam dan di luar sekolah.
  • Menganggotai jawatan-jawatan kuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
  • Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa





EmoticonEmoticon